Kes Mahkamah | Didenda RM3,000 kerana palsukan maklumat kelahiran

2022-05-18 0

Seorang lelaki didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret Ipoh selepas mengaku bersalah membenarkan maklumat palsu mengenai daftar kelahiran seorang bayi perempuan dua tahun lalu.

Muhammad Ridzuan Chan Abdullah, 49 tahun, membuat pengakuan itu selepas tuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Noor Azreen Liana Mohd Darus.